PAMERAN KDB & E-WASTE DI PROGRAM MENGHUBUNG MENYATU

Aktiviti terkini | 01 April 2017

Tempat Aktiviti:
Dewan Orang Ramai Kg. Kuala Triang

Tujuan :
Pameran ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menggunakan internet dengan cara yang betul dan memberi galakkan kepada komuniti untuk sentiasa mengunjungi PI1M bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan dengan internet yang mereka gunakan dalam kehidupan mereka. Selain itu, pameran ini juga diadakan adalah untuk memberitahu orang ramai bahawasanya pi1m adalah salah satu platform yang mereka boleh gunakan untuk melupuskan perkakas elektrik & elektronik mereka yang tidak boleh digunakan lagi.

Aktiviti Berkaitan:
• Kuiz KDB
• Pertandingan Rapid Typing
• Cabutan Bertuah
• Jualan produk-produk usahawan PI1M
• Program E-waste

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memperkenalkan Pi1m kepada penduduk di luar kawasan komuniti PI1M untuk menarik minat mereka mengunjungi pi1m dan menggunakan perkhidmatan yang di sediakan oleh PI1M.
• Memberi galakkan dan kesedaran kepada orang ramai untuk menyertai kempen E-Waste yang telah dianjurkan oleh pihak yang terlibat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :