MAJLIS PELANCARAN PROGARAM SAHABAT PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH BERA

Aktiviti terkini | 18 November 2017

Tempat Aktiviti:
Perpustakaan Awam Daerah Bera

Tujuan :
Tujuan pembukaan gerai pameran adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan yang disediakan di Pi1m kepada penduduk di luar kawasan komuniti Pi1m yang masih tidak tahu lagi tentang kewujudan Pi1m di Daerah Bera ini dan juga untuk menarik peserta program untuk menjadi ahli Pi1m. Selain itu, dengan mengambil bahagian dalam program sebegini pihak Pi1m mampu menjalinkan kerjasama dengan pihak Perpustakaan Awam untuk mengadakan program bersama di masa akan datang.

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Dapat menjalinkan hubungan kerjasama di antara pihak Pi1m dengan agensi luar dalam mengadakan program-program yang mampu memberi manfaat kepada komuniti setempat di Daerah Bera ini
• Dapat memperkenalkan PI1M dan mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak PI1M

Aktiviti yang Dijalankan :
• Gerai Pameran PI1M
• Taklimat KDB
• Kuiz KDB
• Pemeriksaan Kesihatan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :