PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DAN HARI DASHBOARD KOMUNITI PI1M DURIAN TAWAR

Aktiviti terkini | 20 Ogos 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Durian Tawar

Tujuan :
• Program ini adalah program kerjasama dengan Pi1m Durian Tawar yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengguna Pi1m tentang kepentingan mengunakan internet dengan cara yang betul dan selamat supaya mereka tidak menjadi mangsa jenayah siber. Selain itu, program ini juga adalah untuk mempromosikan aplikasi dashboard yang telah diperkenalkan oleh pihak pi1m Durian Tawar kepada orang ramai kerana aplikasi dashboard ini memberi banyak kemudahan kepada pengguna untuk memajukan diri dalam bidang perniagaan.

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memberi pendedahan kepada pengguna pi1m tentang kepentingan menggunakan internet dengan betul.
• Dapat menarik minat pelajar dan ahli pi1m untuk sentiasa mengunjungi pi1m dan terlibat dengan segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak pi1m.

Aktiviti yang Dijalankan :
• Taklimat KDB & Dashbord Komuniti
• Dashboard Run Challenge
• Shuffle puzzle
• Mewarna online

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :