PROGRAM JELAJAH KARNIVAL SEBENARNYA.MY DAERAH BERA

Aktiviti terkini | 23 & 24 Februari 2018

Tempat Aktiviti:
Perkarangan PI1M Bandar 32

Tujuan :
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan portal SEBENARNYA.MY Tidak Pasti Jangan Kongsi kepada penduduk di kawasan Bera. Portal SEBENARNYA.MY adalah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain. Dengan adanya program ini. Pihak berkuasa dapat memberi pengetahuan kepada masyarakat untuk tidak melakukan gejala penularan berita palsu dalam talian yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan juga negara di samping dapat menangani gejala ini dengan berkesan.

Aktiviti yang Dijalankan :
1. Senamrobik/Zumba
2. Berbasikal
3. Futsal
4. Membina Lego Kanak-kanak
5. Klinik ICT
6. Cabutan Bertuah
7. Forum Perdana

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memberi ilmu dan juga pengetahuan kepada masyarakat tentang bahayanya gelaja penularan berita palsu yang tidak ditentukan kesahihannya yang mampu memberi kesan buruk kepada masyarakat dan juga negara
• Dapat mengeratkan jalinan kerjasama antara pihak kerajaan, badan berkanun dan pihak-pihak lain serta masyarakat dalam menjayakan program ini
• Dapat mengisi masa penduduk dengan aktiviti yang berfaedah dan ilmu yang bermanfaat di masa hari bercuti

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :