PROGRAM ICT BERSAMA PENGAWAS BILIK SUMBER PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDA) SMK SERI BERA

Aktiviti terkini | 23 Mac 2018

Tempat Aktiviti:
Bilik Gerakan SMK Seri Bera

Tujuan :
Program kerjasama dengan pihak sekolah ini bertujuan untuk membantu para pelajar mencari bahan-bahan untuk menceriakan bilik sumber mereka kerana pihak sekolah terlibat dengan pertandingan keceriaan bilik sumber pendidikan pencegahan dadah peringkat Daerah Bera. Bagi memupuk semangat semangat para pelajar, program ini diadakan untuk membantu mereka mencari idea dengan menggunakan bahan dari sumber internet di samping dapat mengajar mereka asas komputer dan juga pengenalan kepada internet.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memperkenalkan PI1M kepada para pelajar yang terlibat di samping dapat mengeratkan hubungan di antara pihak sekolah dengan pihak PI1M
• Dapat memberi tunjuk ajar serta nasihat kepada para peserta tentang penggunaan dan carian maklumat yang betul di dalam internet

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :