PROGRAM KENDALI DIRI DEMO MASAKAN (DUMPLING)

Aktiviti terkini | 09 September 2018

Tempat Aktiviti:
Surau Taman Kerayong Makmur

Tujuan :
Aktiviti ini bertujuan untuk mengumpul ahli-ahli jiran wanita taman kerayong makmur dalam suatu masa dan melakukan aktiviti berfaedah secara beramai-ramai. Program ini juga diadakan bg mendedahkan dan mengajar peserta resepi baru iaitu dumpling yang kebanyakannya ramai tidak tahu akan resepi makanan berkenaan. Pihak Pusat Internet Taman Kerayong Makmur di jemput bersama-sama dalam program ini bagi merapatkan hubungan di antara semua pihak yang terlibat.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memberi peluang kepada peserta untuk merapatkan hubungan silaturahim sesame mereka dan berpeluang berkumpul beramai-ramai dan berkongsi idea dan pendapatan untuk melakukan aktiviti berfaedah di masa akan datang.
• Memberi ilmu baru kepada para peserta untuk mencuba resepi masakan yang baru yang mereka tidak pernah membuatnya lagi untuk ahli keluarga masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :