PROGRAM ADVOKASI DI SK BUKIT GEMURUH

Aktiviti terkini | 20 September 2019

Tempat Aktiviti:
Bilik Komputer SK Kuala Triang

Tujuan :
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet kepada para pelajar serta kemudahan yang disediakan di situ. Selain itu, program ini juga diadakan adalah untuk Memberi pendedahan tentang penggunaan internet secara bijak serta bahaya yang terdapat di internet melalui taklimat KDB.

Butiran Aktiviti :
• Taklimat pengenalan Pusat Internet Kluster Bera
• Taklimat KDB
• Latihan dalam kumpulan (LDK)
• Pembentangan hasil kerja LDK
• Penyampaian hadiah
• Sesi Bergambar

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan bekerja dalam pasukan secara kerjasama supaya segala tugasan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan sempurna.
• Mendidik para pelajar untuk menjadi pengguna yang bijak ketika menggunakan internet supaya mereka tidak terlibat dengan sebarang jenayah siber yang boleh membahayakan keselamatan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :