KLINIK ECENSUS 2020 (BANCIAN DAERAH BERA)

Aktiviti terkini | 19 & 20 September 2020

Tempat Aktiviti:
Bilik Latihan PI Taman Kerayong Makmur

Tujuan :
• Mengumpul stok dan profil penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci.
• Mengenalpasti saiz, taburan, komposisi dan ciri sosio-ekonomi penduduk serta perumahan di kawan perumahan Taman Kerayong Makmur

• Menjadi asas Anggaran dan Unjuran bagi Penduduk dan Tempat Kediaman.

Butiran Aktiviti :
• Ketibaan Ahli Jawatankuasa Banci 2020 Daerah Bera
• Penyediaan semua PC untuk kegunaan program ini
• Ketibaan dan pendaftaran penduduk Taman Kerayong Makmur mengikut Poskod yang telah diberikan
• Segala pendaftaran diuruskan oleh pihak jawatankuasa banci.

Kelebihan Aktiviti :
• Maklumat baru bagi statistik penduduk Taman Kerayong Makmur.
• Pengkalan data alamat dan penduduk taman yang lengkap.
• Kerjasama antara Pusat Internet dan Jabatan Perangkaan Malaysia.
• Disamping itu, program ini juga dapat memperkenalkan pusat internet kepada penduduk setempat yang tidak tahu akan kewujudan PI dan penduduk yang baru pindah ke taman ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :