TAKLIMAT MENGENAI TIPS KESELAMATAN DI INTERNET DAN TIPS PENTING BINA BISNES BERJAYA SECARA ATAS TALIAN MENGUNAKAN FB LIVE

Aktiviti terkini |5 & 27 Julai 2021

Tempat Aktiviti:
FB Page Pusat Internet Taman Kerayong Makmur

Tujuan :
• Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya berwaspada dan berhati-hati ketika mengunakan internet agar tidak menjadi mangsa jenayah siber.
• Membantu para peniaga kecil yang terkesan dengan pandemik covid 19 untuk bangkit semula membina perniagaan dengan tips-tips mudah dan berkesan yang mampu meningkatkan semula jualan mereka dan memberi semangat serta dorongan kepada mereka agar mereka tidak mudah berputus asa.

Butiran Aktiviti :
• Menyampaikan maklumat tentang bagaimana jenayah siber boleh berlaku di internet dan memberi maklumat tentang langkah-langkah keselamatan yang boleh diikuti untuk mengelak diri dari menjadi mangsa jenayah siber.
• Berkongsi tips dan cara serta langkah yang perlu dibuat untuk naikkan kembali jualan terutama bagi peniaga kecil yang terkesan dengan pandemik covid 19.

Kelebihan Aktiviti :
• Membantu masyarakat melindungi diri daripada terjebak dengan masalah dan jenayah di internet dan menjadikan mereka sebagai penguna internet yang bijak.
• Membantu para peniaga bangkit semula dan tidak berputus asa walaupun dalam keadaan perniagaan terumbang ambing dan membantu mereka mengambil langkah bijak untuk meningkatkan jualan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :