PROGRAM FAMA NEGERI PAHANG BERSAMA MOKCUN (ERMA FATIMA)

Aktiviti terkini |15 November 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Bera

Tujuan :
• Virtual MAFI memasak bersama Mokcun dengan menggunaakan produk pilihan iaitu Oshmi.
• Penyediaan booth usahawan Bera untuk ditayangkan kepada Mokcun bagi tujuan saringan untuk pemilihan produk dibawah bimbingan beliau.
• Jualan produk usahawan Bera kepada penduduk yang hadir.
• Kehadiran staf PEDi Kerayong Makmur ke program berkenaan adalah untuk mencari usahawan yang berpotensi dan yang berminat untuk dibimbing dibawah program usahawan PEDi.

Butiran Aktiviti :
• 8.30 a.m : Senamrobik bersama Makcun
• 9.30 a.m : Sesi pengambaran Virtual MAFI Masak Amal Selebriti
• 10.00 a.m : Lawatan Aktiviti Warga Emas- Mengait
• Lawatan booth Usahawan -Saringan Produk oleh Makcun -Jualan Produk Usahawan
• 11.30 a.m : Celoteh Makcun

Kelebihan Aktiviti :
• Usahawan – usahawan terlibat dapat memperkenalkan produk mereka.
• Peluang kepada para usahawan untuk menjadikan produk mereka semakin dikenali ramai dengan bantuan dan bimbingan daripada selebriti seperti Mokcun.
• Ini kerana, Mokcun bukan sahaja merupakan selebriti malah, beliau juga merupakan founder kepada produk-produk Mokcun, yang mana, beliau akan memilih produk daripada usahawan yang ada untuk penjenamaan semula produk berkenaan dengan jenama Mokcun itu sendiri.
• Peluang kepada usahawan – usahawan IKS untuk memudahkan mereka menembusi pasaran yang lebih besar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :