PROGRAM PERKHIDMATAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) PAHANG

Aktiviti terkini |17 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Kerayong Makmur

Ringkasan Aktiviti :
• Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) SSM dilancarkan pada 15 Februari 2021 dan diperluaskan kepada usahawan kumpulan B40 dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 akan dikecualikan fi pendaftaran dan maklumat perniagaan.
• Skim ini dilaksanakan sehingga peruntukan geran habis digunakan.

Tujuan :
• Membantu individu yang terjejas dengan akibat pendemik covid 19 untuk mendaftar perniagaan mereka secara percuma melalui fi pendaftaran
• Membantu para usahawan meneroka bidang perniagaan yang berpotensi menjana pendapatan.
• Memberi pendedahan mengenai amalan perniagaan kepada golongan sasaran dan membantu mereka meningkatkan taraf ekonomi kendiri melalui aktiviti perniagaan.

Butiran Aktiviti :
• Semakan kelayakan & Pendaftaran SPPP
• Pengaktifan ID pengguna EZBIZ
• Perkhidmatan perniagaan (Pendaftaran, Perubahan, Pembaharuan, & Penamatan Perniagaan)- EZBIZ
• Bayaran Secara atas talian (Online)

Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan kepercayaan pembeli untuk berurusan dengan peniaga yang sah.
• Berpeluang menyertai latihan keusahawanan yang disediakan kerajaan atau agensi berkaitan.
• Berpeluang mendapat bantuan/pinjaman kewangan keusahawanan dari kerajaan atau agensi berkaitan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :