MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI ANJURAN KRT TAMAN KERAYONG MAKMUR & SURAU TAMAN KERAYONG MAKMUR

Aktiviti terkini |27 Mei 2022

Tempat Aktiviti:
Perkarangan Surau Kerayong Makmur

Ringkasan Aktiviti :
• Sambutan Aidilfitri di bulan syawal merupakan hari bagi kita umat islam meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.
• Kita digalakkan meraikan syawal ini dengan bersederhana dan penuh kemeriahan.
• Jadi, dengan kehadiran sambutan aidilfitri kita dapat bermaaf maafan serta bertukar-tukar juadah antara satu sama lain.

Tujuan :
• Majlis sambutan aidilfitri ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silatrahim di antara pihak krt, pihak PEDi Taman Kerayong Makmur dengan komuniti penduduk setempat.

Butiran Aktiviti :
• Ucapan Aluan dari Pengerusi KRT Taman Kerayong Makmur
• Jamuan Makan
• Pemberian Duit Raya Kepada Kanak-kanak
• Bersurai

Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan Komuniti Masyarakat terutama penduduk Taman Kerayong Makmur
• Menanam rasa kecintaan terhadap kebesaran Allah tentang keistimewaan bulan syawal

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :