PROGRAM PEMBANGUNAN ENTERPRENEUR ECER – SIRIM (TAKLIMAT PENGENALAN DAN PELAKSANAAN)

Aktiviti terkini |28 September 2022

Tempat Aktiviti:
Bilik Latihan Pedi Taman Kerayong Makmur

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini telah di anjurkan oleh SIRIM Berhad. Program ini melibatkan usahwan-usahawan sekitar Daerah Bera yang terpilih.
• Usahawan-usahawan yang terpilih ini akan diberi bimbingan dan khidmat nasihat untuk melonjakkan pendapatan mereka oleh pihak penganjur sepanjang tempoh program.
• Permulaan program ini para usahawan telah diberi penerangan mengenai program yang bakal mereka sertai ini.

Tujuan :
• Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan pendapatan usahawan serta membantu usahawan untuk peningkatan dari segi kawasan pasaran usahawan yang mana aktiviti penerokaan pasaran baru telah mula dijalankan oleh usahawan ke pasaran dalam dan luar Negara.

Butiran Aktiviti :
• Pendaftaran kehadiran peserta
• Sesi taklimat penerangan dan pelaksaan
• Sesi soal jawab
• Jamuan ringan
• Sesi bergambar dan bersurai

Kelebihan Aktiviti :
• Para peserta dibimbing untuk melonjakkan pendapat mereka sehingga 60% berbanding sebelum menyertai program.
• Para peserta akan dibantu untuk meningkatkan teknologi pembuatan produk mereka daripada pembuatan tradisional kepada pembuatan semi automatik atau automatik sepenuhnya.

Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :