PROGRAM ADVOKASI KDB & LITERASI ICT

Aktiviti terkini |27 Oktober 2023

Tempat Aktiviti:
Dewan terbuka SK Felda Bukit Puchong

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini adalah program anjuran PEDi Kluster Bera dan kerjasama dengan Pihak Sek Keb Felda Bukit Puchong untuk memberi taklimat kepada para pelajar tahap 2 berkaitan keselamatan-keselamatan di internet dan juga mendidik para pelajar untuk melaksanakan kerja secara berkumpulan

Tujuan :
• Aktiviti ini bertujuan memberi pendidikan awal kepada para pelajar bagi melahirkan masyarakat celik IT, bertanggungjawab di dalam dunia digital, menggalakkan tingkah laku yang baik dan sikap menghormati secara global apabila berkomunikasi dan bekerjasama dalam dunia digital

Butiran Aktiviti :
• Taklimat pengenalan Pusat Internet Kluster Bera
• Taklimat KDB
• Kuiz KDB
• Latihan dalam kumpulan (LDK)
• Penyampaian hadiah
• Sesi Bergambar

Kelebihan Aktiviti :
• Mendidik para pelajar untuk berlajar bekerjasama dalam kumpulan bagi menyiapkan sesuatu tugasan dengan baik dan sempurna
• Mendidik para pelajar untuk menjadi pengguna yang bijak ketika menggunakan internet supaya mereka tidak terlibat dengan sebarang jenayah siber yang boleh membahayakan keselamatan mereka.

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :