KELAS ICT:MS POWER POINT- SLAID PERMAINAN TRADISIONAL

Aktiviti terkini |6 Julai 2024

Tempat Aktiviti:
Bilik Latihan NADI Taman Kerayong Makmur

Ringkasan Aktiviti :
• Petugas akan menerangkan serba sedikit mengenai asal usul permainan tradisional kemudian para peserta akan mencari maklumat di internet mengenai permainan tradisional yang di pilih dan mereka perlu membuat slaid menerangkan maklumat penting mengenai permainan tradisional berkenaan.

Tujuan :
• Permainan tradisional merupakan permainan tinggalan nenek moyang kita.
• Permainan tradisional inilah yang mencerminkan asal usul rumpun Melayu.
• Jadi, Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengigatkan semula generasi kini agar tidak memulaukan permainan tradisional ini.

Butiran Aktiviti :
• Penerangan mengenai permainan tradisional yang terdapat di Malaysia oleh petugas NADI
• Peserta diminta untuk memilih 1 permainan tradisional dan mereka perlu mencari maklumat mengenai permainan tersebut
• Setiap maklumat yang diperolehi mereka perlu meletakkan di dalam slide.

Kelebihan Aktiviti :
• Memastikan bahawa generasi kini tidak melupakan dan meninggalkan permainan tradisional nenek moyang kita
• Memberi kesedaran kepada para peserta bahawa ikatan silaturahim mampu dieratkan melalui permainan tradisional kerana kebanyakkan permainan tradisional dimainkan secara dalam kumpulan.

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :