PROGRAM CASHLESS SOCIETY @ NADI FELDA TRIANG 3
Aktiviti terkini |21 September 2024Tempat Aktiviti:
Dewan Semai Bakti Felda Triang 3
Ringkasan Aktiviti :
• Program ini merupakan kerjasama MCMC, NADI, dan Felda dengan melibatkan seramai 278 orang pengunjung. Pelbagai aktiviti menarik antaranya, booth NADI Kesejahteraan Kendiri, booth KITAR, Booth cashless, booth SETEL, both BIMB, booth VC Telecoms, dan juga usahawan-usahawan tempatan. Antara aktiviti sampingan lain yang telah dijalankan ialah ICT explorace, sukaneka, pertandingan mewarna, dan pertandingan Mobile Legend.
Tujuan :
• Objektif perlaksanaan program ini adalah untuk memberi pengenalan dan kesedaran kepada komuniti tentang pentingnya mengamalkan perubahan dalam sistem kewangan daripada tunai kepada tanpa tunai seiring kemajuan infrastruktur teknologi terkini. Ekonomi digital dilihat semakin berkembang apabila kebanyakan pembayaran dan perkhidmatan mengamalkan pembayaran tanpa tunai. Jadi perlaksanaan ini adalah untuk memberi pengenalan dan pencerahan kepada masyarakat Felda tentang penggunaan “cashless” dan kebaikannya.
Butiran Aktiviti :
• qasidah dan sambutan maulidur rasul
• Penerangan berkaitan langkah keselamatan dan pengenalan penggunaan perbankan atas talian dari pihak BIMB.
• Booth Pameran
• Aktiviti ICT-Tangram Batle, Puzzle, dan Cross Word,pertandingan mewarna dan Pertandingan Mobile Legend
• Jualan terbuka dari usahawan-usahawan NADI Felda Triang 3.
Kelebihan Aktiviti :
• Menjelaskan peranan dan fungsi perbelanjaan tanpa tunai secara terperinci.
• Menyampaikan ilmu dan mesej kesedaran kepada komuniti untuk lebih cakna dengan isu jenayah siber (scammer) yang berleluasa di media sosial.
Nama VIP :
• Tiada
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :