Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Taman kerayong makmur ialah sebuah kawasan yang dahulunya kawasan ladang pokok kelapa sawit, di Pekan Kerayong, Bera, Pahang. Ia terletak 22 km daripada Bandar Temerloh (bandar kedua terbesar di Pahang), berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan. Taman Kerayong Makmur berada di dalam jajahan Daerah Bera yang merangkumi banyak kawasan di antaranya termasuk Gugusan Felda (Bukit Mendi, Kemahal, Puchong, Chemomoi dan Kemasul). Majoriti penduduk di kawasan ini adalah Melayu dan terdapat sebilangan besar kaum Cina dan selebihnya adalah India. Pekan-pekan lain yang berdekatan dengan Taman Kerayong Makmur termasuk Triang, Mengkuang dan Kemayan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KELAS ICT:MS POWER WORD-ASAS MENAIP

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2024

Peserta diberi ayat untuk menaip di dalam MS Word oleh petugas. Peserta juga dibimbing untuk berkenalan dengan fungsi MS Word seperti Bold, Italic dan menukar tulisan serta saiz tulisan...baca selanjutnya

KELAS ICT:MS POWER POINT- SLAID PERMAINAN TRADISIONAL

Aktiviti Terkini | 6 Julai 2024

Petugas akan menerangkan serba sedikit mengenai asal usul permainan tradisional kemudian para peserta akan mencari maklumat di internet mengenai permainan tradisional yang di pilih dan mereka perlu membuat slaid menerangkan maklumat penting mengenai permainan tradisional berkenaan....baca selanjutnya

KELAS MS POWER POINT-IMAGE TEXT FILL

Aktiviti Terkini | 22 Jun 2024

Peserta akan diterangkan cara bagaimana membuat image text fill di MS Power Point...baca selanjutnya

KELAS MS POWER POINT-CARA MEMBUAT POSTER

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2024

Peserta akan diterangkan cara membuat poster di MS Power Point...baca selanjutnya

CARA MEMBUAT CARTA ORGANISASI KELAS

Aktiviti Terkini | 27 April 2024

Peserta akan diterangkan cara membuat carta organisasi kelas di MS Word...baca selanjutnya

LATIHAN MENAIP ARTIKEL

Aktiviti Terkini | 15 Mac 2024

Peserta menaip artikel mengikut artikel yang diberikan. Peserta berkenalan dengan fungsi MS Word seperti Bold, Italic dan menukar tulisan serta saiz tulisan.petugas memastikan kelas berjalan dengan lancar....baca selanjutnya

BENGKEL CUTI SEKOLAH LEARN, PLAY & FUN WITH ICT

Aktiviti Terkini | 21 Februari 2024

Program ini diadakan khusus buat ahli NaDi yang berdaftar untuk mengisi masa cuti sekolah mereka....baca selanjutnya

KELAS ICT- CARTOON CHARACTER

Aktiviti Terkini | 26 Januari 2024

PEDi Taman Kerayong Makmur telah mengadakan kelas ICT pada bulan januari dan disertai oleh 10 orang ahli PEDi yang telah berdaftar....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti