Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Taman kerayong makmur ialah sebuah kawasan yang dahulunya kawasan ladang pokok kelapa sawit, di Pekan Kerayong, Bera, Pahang. Ia terletak 22 km daripada Bandar Temerloh (bandar kedua terbesar di Pahang), berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan. Taman Kerayong Makmur berada di dalam jajahan Daerah Bera yang merangkumi banyak kawasan di antaranya termasuk Gugusan Felda (Bukit Mendi, Kemahal, Puchong, Chemomoi dan Kemasul). Majoriti penduduk di kawasan ini adalah Melayu dan terdapat sebilangan besar kaum Cina dan selebihnya adalah India. Pekan-pekan lain yang berdekatan dengan Taman Kerayong Makmur termasuk Triang, Mengkuang dan Kemayan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 09 Disember 2018

Hari Bersama Komuniti diadakan untuk memberi peluang kepada ahli PI dan penduduk setempat berkumpul dan menjalankan aktiviti bersama-sama dan juga bagi menghargai jasa penduduk setempat kerana sentiasa menberi kerjasama kepada pihak PI dengan setiap aktiviti yang dilakukan oleh pihak PI. Di samping itu, hari bersama komuniti ini juga diadakan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PI....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK BANDAR 32 BERA

Aktiviti Terkini | 14 November 2018

Aktiviti ini bertujuan memberi pendidikan awal kepada para pelajar bagi melahirkan masyarakat celik IT, bertanggungjawab di dalam dunia digital, menggalakkan tingkah laku yang baik dan sikap menghormati secara global apabila berkomunikasi dan bekerjasama dalam dunia digital....baca selanjutnya

PROGRAM HARI BERSAMA KOMUNITI PI BANDAR 32 BERA

Aktiviti Terkini | 04 November 2018

Program ini diadakan untuk memberi peluang kepada ahli PI dan penduduk setempat berkumpul dan menjalankan aktiviti bersama-sama dan juga bagi menghargai jasa penduduk setempat kerana sentiasa menberi kerjasama kepada pihak PI dengan setiap aktiviti yang dilakukan oleh pihak PI. Di samping itu, hari terbuka ini juga diadakan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PI....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKSAI DI SK KERAYONG JAYA

Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2018

Aktiviti ini bertujuan memberi pendidikan awal kepada para pelajar bagi melahirkan masyarakat celik IT, bertanggungjawab di dalam dunia digital, menggalakkan tingkah laku yang baik dan sikap menghormati secara global apabila berkomunikasi dan bekerjasama dalam dunia digital....baca selanjutnya

PROGRAM JELAJAH PERPUSATAKAAN DESA SRI BUNTAR

Aktiviti Terkini | 11 Oktober 2018

Program ini juga bertujuan untuk memberi galakkan kepada para pelajar untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah seperti membaca disamping menarik minat mereka untuk mengunjungi perpustakaan dan menggunakan segala kemudahan yang disediakan....baca selanjutnya

PROGRAM KENDALI DIRI DEMO MASAKAN (DUMPLING)

Aktiviti Terkini | 09 September 2018

Aktiviti ini bertujuan untuk mengumpul ahli-ahli jiran wanita taman kerayong makmur dalam suatu masa dan melakukan aktiviti berfaedah secara beramai-ramai. Program ini juga diadakan bg mendedahkan dan mengajar peserta resepi baru iaitu dumpling yang kebanyakannya ramai tidak tahu akan resepi makanan berkenaan. Pihak Pusat Internet Taman Kerayong Makmur di jemput bersama-sama dalam program ini bagi merapatkan hubungan di antara semua pihak yang terlibat....baca selanjutnya

PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2018

Aktiviti Terkini |19 Ogos 2018

Program ini merupakan program pra sambutan Hari kemerdekaan untuk tahun 2018 PI Taman Kerayong Makmur. Program ini melibatkan ahli-ahli PI dari umur 7 tahun sehingga 12 tahun....baca selanjutnya

PROGRAM LITERASI ICT DAN TAKLIMAT KDB BERSAMA PELAJAR TAHUN 5 SK KERAYONG JAYA

Aktiviti Terkini | 10 Ogos 2018

Program ini merupakan program kerjasama di antara PI Kluster Bera dengan pihak Sekolah Kebangsaan Kerayong Jaya. Program ini melibatkan penglibatan pelajar tahun 5....baca selanjutnya

PROGRAM LITERASI ICT BERSAMA PELAJAR TAHUN 4 & 5 SK DURIAN TAWAR

Aktiviti Terkini | 26 Julai 2018

Program ini adalah program anjuran PI Kluster Bera dan kerjasama dengan Pihak Sek Keb Durian Tawar untuk memberi taklimat kepada para pelajar tahun 4 & 5 berkaitan keselamatan-keselamatan di internet dan juga memdidik pelajar untuk melaksanakan kerja secara berkumpulan....baca selanjutnya

PROGRAM CELIK IT BERSAMA PELAJAR TAHUN 4 & 5 SK BUKIT PUCHONG

Aktiviti Terkini | 17 Julai 2018

Program ini adalah program anjuran PI Kluster Bera dan kerjasama dengan Pihak Sek Keb Felda Bukit Puchong untuk memberi taklimat kepada para pelajar tahun 4 & 5 berkaitan keselamatan-keselamatan di internet dan juga memdidik pelajar untuk melaksanakan kerja secara berkumpulan....baca selanjutnya

BENGKEL ADVOKASI ICT & ASAS KEUSAHAWANAN BERSAMA PELATIH GIATMARA BERA

Aktiviti Terkini | 30 & 31 Mei 2018

Bengkel Advokasi ICT & Asas Keusahawanan Bersama Pelatih Giatmara Bera adalah bengkel kerjasama di antara Pusat Internet Kluster Bera dengan pihak Giatmara Bera. Program ini melibatkan 44 orang peserta yang terdiri dari Pelatihan kursus Automotif dan juga kursus jahitan...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK KEMAYAN

Aktiviti Terkini | 27 April 2018

Tujuan program ini adalah untuk mendidik para pelajar tentang keselamatan penggunaan di internet supaya mereka tidak terlibat dengan jenayah siber yang semakin berleluasa pada masa kini. Selain itu, program ini juga adalah untuk merapatkan lagi hubungan di antara pihak PI1M dengan pihak sekolah dan pelajar. Para pelajar juga didedahkan dengan asas pengunaan komputer supaya mereka boleh gunakan untuk memudahkan mereka membuat kerja-kerja sekolah yang dibekalkan oleh pihak sekolah....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK KEMAYAN

Aktiviti Terkini | 13 April 2018

Program ini bertujuan untuk mendidik para pelajar agar mengunakan internet dengan cara yang selamat dan juga mendidik mereka untuk mengelak daripada terjebak de¬ngan peni¬puan, mencegah buli siber, memfitnah dan sebagainya. Selain itu, program ini juga diadakan adalah untuk mengajar para pelajar tentang asas komputer yang berguna untuk mereka gunakan dalam di dalam pelajaran mereka....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI EXPLORACE BERSAMA PI1M TRIANG 3

Aktiviti Terkini | 31 Mac 2018

Tujuan program ini adalah untuk mendidik para pelajar tentang keselamatan penggunaan di internet supaya mereka tidak terlibat dengan jenayah siber yang semakin berleluasa pada masa kini. Selain itu, program ini juga adalah untuk merapatkan lagi hubungan di antara pihak PI1M dengan ahli-ahli PI1M supaya mereka dan juga penduduk sekitar mampu berasa selesa dan seronok apabila menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PI1M sekaligus mampu menarik minat mereka untuk berdaftar sebagai ahli PI1M dan menjadikan keahlian PI1M bertambah...baca selanjutnya

PROGRAM ICT BERSAMA PENGAWAS BILIK SUMBER PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDA) SMK SERI BERA

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2018

Program kerjasama dengan pihak sekolah ini bertujuan untuk membantu para pelajar mencari bahan-bahan untuk menceriakan bilik sumber mereka kerana pihak sekolah terlibat dengan pertandingan keceriaan bilik sumber pendidikan pencegahan dadah peringkat Daerah Bera. Bagi memupuk semangat semangat para pelajar, program ini diadakan untuk membantu mereka mencari idea dengan menggunakan bahan dari sumber internet di samping dapat mengajar mereka asas komputer dan juga pengenalan kepada internet....baca selanjutnya

PROGRAM JELAJAH KARNIVAL SEBENARNYA.MY DAERAH BERA

Aktiviti Terkini | 23 & 24 Februari 2018

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan portal SEBENARNYA.MY Tidak Pasti Jangan Kongsi kepada penduduk di kawasan Bera. Portal SEBENARNYA.MY adalah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain. Dengan adanya program ini. Pihak berkuasa dapat memberi pengetahuan kepada masyarakat untuk tidak melakukan gejala penularan berita palsu dalam talian yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan juga negara di samping dapat menangani gejala ini dengan berkesan....baca selanjutnya

TAKLIMAT DIGI CYBERSAFE DI HARI TERBUKA PI1M BUKIT CERMIN & TAMAN JENGKA IMPIAN

Aktiviti Terkini | 24 & 25 Januari 2018

Banyak aktiviti dan program yang dijalankan semasa Hari Terbuka PI1M antaranya Program Advokasi iaitu Slot Klik Dengan Bijak (KDB). Slot KDB ini mengambil masa selama 1 jam 30 minit . Kami juga mengadakan Pop Kuiz kepada peserta dimana mereka perlu menjawab soalan kuiz dengan cepat dan betul, ia akan dikira sebagai pemenang...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti