Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Taman kerayong makmur ialah sebuah kawasan yang dahulunya kawasan ladang pokok kelapa sawit, di Pekan Kerayong, Bera, Pahang. Ia terletak 22 km daripada Bandar Temerloh (bandar kedua terbesar di Pahang), berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan. Taman Kerayong Makmur berada di dalam jajahan Daerah Bera yang merangkumi banyak kawasan di antaranya termasuk Gugusan Felda (Bukit Mendi, Kemahal, Puchong, Chemomoi dan Kemasul). Majoriti penduduk di kawasan ini adalah Melayu dan terdapat sebilangan besar kaum Cina dan selebihnya adalah India. Pekan-pekan lain yang berdekatan dengan Taman Kerayong Makmur termasuk Triang, Mengkuang dan Kemayan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM ADVOKASI & KEMBARA ICT

Aktiviti Terkini | 16 November 2019

Program ini adalah program yang dilaksanakan oleh Pasukan PI Kluster Bera. Pelajar yang terlibat dalam program ini akan diberi taklimat berkaitan keselamatan di internet dan juga mereka akan di bimbing untuk mewujudkan semangat berpasukan melalui latihan dalam kumpulan....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK SRI BUNTAR

Aktiviti Terkini | 30 Oktober 2019

Program ini adalah program anjuran PI Kluster Bera dan kerjasama dengan Pihak Sek Keb Sri Buntar untuk memberi taklimat kepada para pelajar tahun 5 & 6 berkaitan keselamatan-keselamatan di internet dan juga mendidik para pelajar untuk melaksanakan kerja secara berkumpulan...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK MENGKUANG

Aktiviti Terkini | 11 Oktober 2019

Program ini adalah program yang dilaksanakan oleh Pasukan PI Kluster Bera.Program ini melibatkan pelajar tahun 4, 5 & 6 sekolah berkenaan. Pelajar yang terlibat akan diberi taklimat berkaitan keselamatan di internet dan juga mereka di bimbing untuk mewujudkan semangat berpasukan melalui latihan dalam kumpulan....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK BUKIT GEMURUH

Aktiviti Terkini | 20 September 2019

Program ini adalah program yang dilaksanakan oleh Pasukan PI Kluster Bera.Program ini melibatkan pelajar-pelajar sekolah yang terlibat. Pelajar yang terlibat akan diberi taklimat berkaitan keselamatan di internet dan juga mereka di bimbing untuk mewujudkan semangat berpasukan melalui latihan dalam kumpulan....baca selanjutnya

PROGRAM KOMUNITI DI PERPUSTAKAAN DESA KG SRI BUNTAR

Aktiviti Terkini | 19 September 2019

Dalam Program ini Pusat Internet Taman Kerayong Makmur bersama PI Kluster Bera terlibat dengan pameran. Di Booth Pameran kami menyediakan beberapa aktiviti yang boleh dibuat oleh pengunjung antaranya menjawab soalan kuiz ict serta kami juga turut mengadakan pertandingan mencipta poster....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK KUALA TRIANG

Aktiviti Terkini | 18 September 2019

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet kepada para pelajar serta kemudahan yang disediakan di situ. Selain itu, program ini juga diadakan adalah untuk Memberi pendedahan tentang penggunaan internet secara bijak serta bahaya yang terdapat di internet melalui taklimat KDB....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK BATU PAPAN

Aktiviti Terkini | 13 September 2019

Program ini adalah program yang dilaksanakan oleh Pasukan PI Kluster Bera.Program ini melibatkan pelajar-pelajar sekolah yang terlibat. Pelajar yang terlibat akan diberi taklimat berkaitan keselamatan di internet dan juga mereka di bimbing untuk mewujudkan semangat berpasukan melalui latihan dalam kumpulan....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK FELDA PURUN

Aktiviti Terkini | 26 April 2019

Program ini adalah program anjuran PI Kluster Bera dan kerjasama dengan Pihak Sek Keb Felda Purun untuk memberi taklimat kepada para pelajar tahun 4 & 5 berkaitan keselamatan-keselamatan di internet dan juga mendidik para pelajar untuk melaksanakan kerja secara berkumpulan...baca selanjutnya

PROGRAM JOM MEMBACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT

Aktiviti Terkini | 23 April 2019

Program ini adalah program anjuran Perpustakaan Desa Sri Buntar dengan kerjasama pihak Sekolah Kebangsaan Sri Buntar dan juga pihak Pusat Internet Kluster Bera. Program ini diadakan setiap tahun sempena sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Disamping itu, diselitkan juga taklimat berkaitan keselamatan internet di dalam program ini....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK FELDA RENTAM

Aktiviti Terkini | 05 April 2019

Program ini adalah program anjuran PI Kluster Bera dan kerjasama dengan Pihak Sek Keb Felda Rentam untuk memberi taklimat kepada para pelajar tahun 4 & 5 berkaitan keselamatan-keselamatan di internet dan juga mendidik para pelajar untuk melaksanakan kerja secara berkumpulan...baca selanjutnya

Program Literasi ICT & Advokasi di SK Felda Bertak

Aktiviti Terkini | 21 Mac 2019

Program ini adalah program anjuran PI Kluster Bera dan kerjasama dengan Pihak Sek Keb Felda Sebertak untuk memberi taklimat kepada para pelajar tahun 4 & 5 berkaitan keselamatan-keselamatan di internet dan juga mendidik para pelajar untuk melaksanakan kerja secara berkumpulan...baca selanjutnya

Program Literasi ICT & Advokasi di SK Triang 3

Aktiviti Terkini | 22 Februari 2019

Program ini adalah program anjuran PI Kluster Bera dan kerjasama dengan Pihak Sek Keb Felda Triang 3 yang bertujuan untuk memberi taklimat kepada para pelajar tahun 4 & 5 berkaitan keselamatan-keselamatan di internet dan juga memdidik pelajar dan untuk melaksanakan kerja secara berkumpulan...baca selanjutnya

Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2019

Aktiviti ini bertujuan untuk membantu ahli pusat internet dan juga penduduk setempat mendapatkan ilmu tentang kepentingan menjaga kesihatan di booth kesihatan yang disediakan dan juga para pengunjung juga berpeluang menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan yang diadakan di program berkenaan...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti