Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Taman kerayong makmur ialah sebuah kawasan yang dahulunya kawasan ladang pokok kelapa sawit, di Pekan Kerayong, Bera, Pahang. Ia terletak 22 km daripada Bandar Temerloh (bandar kedua terbesar di Pahang), berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan. Taman Kerayong Makmur berada di dalam jajahan Daerah Bera yang merangkumi banyak kawasan di antaranya termasuk Gugusan Felda (Bukit Mendi, Kemahal, Puchong, Chemomoi dan Kemasul). Majoriti penduduk di kawasan ini adalah Melayu dan terdapat sebilangan besar kaum Cina dan selebihnya adalah India. Pekan-pekan lain yang berdekatan dengan Taman Kerayong Makmur termasuk Triang, Mengkuang dan Kemayan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


TUTORIAL CARA HENTIKAN MESEJ PROMOSI DARI SELLER DALAM APLIKASI SHOPEE

Aktiviti Terkini | 19 Disember 2021

Tutorial ini dibuat di dalam video berformat mp4 dan dimuat naik(Upload) ke dalam FB Page PEDi yang boleh ditonton oleh pelawat dan komuniti pada bila-bila masa sahaja...baca selanjutnya

KELAS ICT: MICROSOFT OFFICE WORD- MELAKAR GAMBAR

Aktiviti Terkini | 18 Disember 2021

Mengadakan kelas latihan ict iaitu pengunaan Microsoft office word untuk melakar gambar kepada pelajar tahap 1 yang telah berdaftar menjadi ahli PEDi Taman Kerayong Makmur...baca selanjutnya

PROGRAM FAMA NEGERI PAHANG BERSAMA MOKCUN (ERMA FATIMA)

Aktiviti Terkini | 15 November 2021

Virtual MAFI masak amal bersama selebriti iaitu bersama Mokcun. Program ini merupakan anjuran bersama FAMA negeri Pahang di dewan PAWE, Bera...baca selanjutnya

LAWATAN PENGERUSI SKMM KE PIK FELDA BUKIT PUCHONG (KETUA KLUSTER PIK BERA)

Aktiviti Terkini | 4 Oktober 2021

Ketibaan Pengerusi SKMM dan tetamu di PIK Felda Bukti Puchong (Ketua Kluster PIK Bera) & Taklimat daripada pihak TM dan petugas PIK..baca selanjutnya

KELAS ONLINE PDPR: “GOOGLE MEET”

Aktiviti Terkini | 10 Oktober 2021

Ahli PIK menggunakan komputer dan bilik di PIK untuk mengikuti kelas PDPR bersama guru kelasnya...baca selanjutnya

KELAS: PENGENALAN “MICROSOFT POWERPOINT”

Aktiviti Terkini | 9 Oktober 2021

Mengadakan kelas Microsoft Powerpoint kepada pelajar – pelajar di Taman Kerayong Makmur yang telah mendaftar dan menjadi ahli PIK....baca selanjutnya

TAKLIMAT KDB- BULI SIBER

Aktiviti Terkini | 7 September 2021

Taklimat ini diadakan secara siaran langsung (Live) di FB page dengan jemputan 3 panel dari Petugas PIK Hj Salleh Ros, PIK Kuala Sala dan PIK Bukit Besar....baca selanjutnya

TAKLIMAT KDB- JERAT PERCINTAAN “LOVE SCAM”

Aktiviti Terkini | 9 Ogos 2021

Taklimat ini diadakan secara siaran langsung (Live) di FB page dengan jemputan 3 panel dari Petugas PIK Hj Salleh Ros, PIK Kuala Sala dan PIK Bukit Besar....baca selanjutnya

TAKLIMAT MENGENAI TIPS KESELAMATAN DI INTERNET DAN TIPS PENTING BINA BISNES BERJAYA SECARA ATAS TALIAN MENGUNAKAN FB LIVE

Aktiviti Terkini | 5 & 27 Julai 2021

Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya berwaspada dan berhati-hati ketika mengunakan internet agar tidak menjadi mangsa jenayah siber...baca selanjutnya

VIDEO PEMBELAJARAN DAN TUTORIAL MENGUNAKAN APLIKASI DARI GOOGLE PLAY

Aktiviti Terkini | 13 & 24 Jun 2021

Tanyangan Video ini merupakan satu inisiatif baru dari PIK Taman Kerayong Makmur untuk pembelajaran secara atas talian bagi membantu para pelajar dan usahawan membuat content menarik untuk tugasan mereka dengan mengunakan aplikasi percuma yang ada di dalam google play. ...baca selanjutnya

VIDEO PENGISIAN KELAS ICT DI FACEBOOK PAGE PUSAT INTERNET TAMAN KERAYONG MAKMUR

Aktiviti Terkini | 25 Mei 2021

Berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang sebarang ilmu untuk dipelajari ...baca selanjutnya

MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN SAMBUTAN HARI NUZUL AL-QURAN

Aktiviti Terkini | 28 April 2021

Program ini dianjurkan oleh Jiran Wanita & Kelas bina insan Taman Kerayong Makmur....baca selanjutnya

PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

Aktiviti Terkini | 22 April 2021

Merupakan program tahunan anjuran perpustakaan negara Malaysia dan dijalankan serentak di semua perpustakaan di seluruh Malaysia. Pihak Perpustakaan Awam Daerah Bera menjemput wakil setiap PIK di Daerah Bera untuk menjadi peserta program tersebut....baca selanjutnya

VIDEO PENGISIAN KELAS ICT DI FACEBOOK PAGE PUSAT INTERNET TAMAN KERAYONG MAKMUR

Aktiviti Terkini | 13 & 27 Mac 2021

Berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang sebarang ilmu untuk dipelajari...baca selanjutnya

PROGRAM JOM TUISYEN@ SPM

Aktiviti Terkini | Sepanjang Februari 2021

Program ini adalah sebahagian usaha pusat internet untuk membantu calon SPM membuat persediaan sebelum menduduki peperiksaan...baca selanjutnya

VIDEO PENGISIAN KELAS ICT DI FACEBOOK PAGE PUSAT INTERNET TAMAN KERAYONG MAKMUR

Aktiviti Terkini | 15 & 28 Februari 2021

Berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang sebarang ilmu untuk dipelajari ...baca selanjutnya

PROGRAM PASCA BANJIR 2021

Aktiviti Terkini | 13 Januari 2020

Pada awal januari 2021 bencana banjir telah melanda negeri-negeri di pantai timur termasuk Pahang. Beberapa daerah di negeri Pahang telah dilanda banjir termasuk juga Daerah Bera...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti