Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Taman kerayong makmur ialah sebuah kawasan yang dahulunya kawasan ladang pokok kelapa sawit, di Pekan Kerayong, Bera, Pahang. Ia terletak 22 km daripada Bandar Temerloh (bandar kedua terbesar di Pahang), berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan. Taman Kerayong Makmur berada di dalam jajahan Daerah Bera yang merangkumi banyak kawasan di antaranya termasuk Gugusan Felda (Bukit Mendi, Kemahal, Puchong, Chemomoi dan Kemasul). Majoriti penduduk di kawasan ini adalah Melayu dan terdapat sebilangan besar kaum Cina dan selebihnya adalah India. Pekan-pekan lain yang berdekatan dengan Taman Kerayong Makmur termasuk Triang, Mengkuang dan Kemayan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM KDB & JELAJAH DASHBOARD KOMUNITI PI1M GUGUSAN BERA

Aktiviti Terkini | 18, 24 & 29 Disember 2016

Jelajah Dashboard komuniti ini dilaksanakan bagi Memperkenalkan applikasi dashboard myhealth,mykomuniti.mysoal,dan Myshop kepada komuniti sekitar Bera. Melalui program ini juga, advokasi KDB turun dilaksanakan bagi membuka minda peserta mengenai penggunaan internet dengan berkesan...baca selanjutnya

PROGRAM SEMPENA CUTI SEKOLAH PERPUSTAKAAN DESA DAERAH BERA

Aktiviti Terkini | 01 Disember 2016

Memberi galakkan kepada para pelajar untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah seperti membaca disamping menarik minat mereka untuk mengunjungi perpustakaan dan menggunakan segala kemudahan yang disediakan...baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PROGRAM ASAS KEUSAHAWANAN, PHOTOGRAFI & MY SHOP

Aktiviti Terkini | 25 November 2016

Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti (My Shop) dan Asas Fotografi bagi mempromosikan produk dan perhidmatan yang diusahakan oleh ahli Usahawan di sekitar Daerah Bera....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KDB PELAJAR PT3 SMK BANDAR 32 BERA

Aktiviti Terkini | 22 November 2016

Tujuan Program Advokasi KDB ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tentang pemahaman terhadap mesej-mesej program Klik Dengan Bijak yang disampaikan oleh pihak PI1M....baca selanjutnya

PROGRAM DASHBOARD MY SOAL & ADVOKASI E-WASTE

Aktiviti Terkini | 17 November 2016

Program ini bertujuan memperkenalkan aplikasi dashboard kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan juga mengalakkan orang ramai untuk melakukan pelupusan dan kitar semula secara mesra alam bagi peranti yang tamat jangka hayatnya seperti yang disarankan oleh pihak SKMM...baca selanjutnya

TAKLIMAT MY SKOOL & PROGRAM ADVOKASI KDB BERSAMA PELAJAR TAHUN 6 SK KEMAYAN

Aktiviti Terkini | 03 November 2016

Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar bagaimana mengunakan internet dengan cara yang betul dan mencegah mereka daripada melakukan jenayah cyber...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KDB & E-WASTE BERSAMA PELAJAR PT3 SMK PURUN

Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2016

Tujuan program Advokasi KDB & E-waste ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tentang pemahaman terhadap mesej-mesej program klik dengan bijak yang disampaikan oleh pihak PI1M....baca selanjutnya

PROGRAM MY KOMUNITI DAN ICT SEMPENA PROGRAM MEMBARA MINDA CERGAS

Aktiviti Terkini | 16 Oktober 2016

Program ini bertujuan untuk mempromosikan aplikasi my komuniti yang telah diperkenalkan oleh PI1M Kluster Bera dan juga untuk memperkenalkan PI1M di seluruh pelusuk Daerah Bera Disamping mengeratkan hubungan dengan penduduk setempat...baca selanjutnya

PROGRAM HARI TERBUKA DAN MAJLIS PERASMIAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA TAMAN KERAYONG MAKMUR

Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2016

Hari Terbuka dan Majlis Perasmian Pusat Interner 1Malaysia Taman Kerayong Makmur diadakan untuk memperkenalkan PI1M kepada penduduk setempat dan sekitar kawasan Kerayong. Ia juga bertujuan untuk menjalankan hubungan yang baik diantara penduduk setempat dan staff PI1M. Program hari terbuka ini juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada ahli-ahli PI1M dan penduduk taman kerana selalu memberi kerjasama kepada pihak PI1M dalam setiap aktiviti yang dijalankan...baca selanjutnya

PROGRAM HARI SUKAN NEGARA

Aktiviti Terkini | 08 Oktober 2016

Program Hari Sukan Negara diadakan bertujuan untuk menerapkan budaya sukan di kalangan anggota masyarakat dan dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan penduduk. Di kesempatan program ini, pihak Pusat Internet 1Malaysia Taman Kerayong Makmur mengambil peluang menyertai program tersebut bagi memperkenalkan kewujudan Pusat Internet 1 Malaysia Taman Kerayong Makmur kepada orang luar...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI, DASHBOARD & ASAS FOTOGRAFI

Aktiviti terkini | 24 September 2016

Tempat aktiviti dilakukan di Dewan KRT Felda Mayam. Tujuan program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti (My Shop) dan Asas Fotografi bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan...baca selanjutnya

PROGRAM DI AMBANG MERDEKA BERSAMA PI1M GUGUSAN BERA

Aktiviti terkini | 20 Ogos 2016

Tujuan program ini ialah memupuk semangat patriotisme dan cintakan Negara di kalangan ahli PI1M di samping dapat mengeratkan hubungan di kalangan staff PI1M di Daerah Bera...baca selanjutnya

PROGRAM KDB & MEWARNA BERSAMA TABIKA KEMAS TRIANG

Aktiviti terkini | 12 Ogos 2016

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan PI1M kepada pelajar agar dapat menarik minat mereka untuk mengunjungi PI1M. Aktiviti yang dijalankan...baca selanjutnya

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016

Berita Terkini | 22 Julai 2016

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’...baca selanjutnya

TADARUS AL-QURAN

Aktiviti terkini | 16 Jun 2016

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menanam sikap cintakan Al-quran sekaligus memantapkan bacaan Al-quran di kalangan penduduk setempat. Aktiviti yang dijalankan...baca selanjutnya

PROGRAM RAPID TYPING BERSAMA JIRAN WANITA TAMAN KERAYONG MAKMUR

Aktiviti terkini | 22 Mei 2016

Tujuannya ialah mewujudkan daya tarikan kepada penduduk setempat khususnya golongan dewasa untuk mengunjungi Pusat Inrernet 1 Malaysia Taman Kerayong Makmur...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK BERSAMA TADIKA KEMAS TAMAN KERAYONG MAKMUR

Aktiviti terkini | 29 April 2016

Mengalakkan para pelajar untuk mengunjungi PI1M dan menggunakkan segala kemudahan yang disediakan di PI1M Taman Kerayong Makmur...baca selanjutnya

GOTONG ROYONG PERDANA KRT KERAYONG MAKMUR

Aktiviti terkini | 7 April 2016

Merapatkan hubungan mesra antara pekerja Pusat Internet 1 Malaysia dengan komuniti penduduk setempat...baca selanjutnya

Program Bacaan Yassin

Aktiviti terkini | 10 Mac 2016

Aktiviti bacaan yassin sempena pembukaan PI1M Taman Kerayong Makmur pada 10/03/16 bersama penduduk Taman Kerayong Makmur...baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian. baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan. baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Taman Kerayong Makmur ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Taman Kerayong Makmur seperti kelas komputer dan sebagainya...

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan. baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti