Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Taman kerayong makmur ialah sebuah kawasan yang dahulunya kawasan ladang pokok kelapa sawit, di Pekan Kerayong, Bera, Pahang. Ia terletak 22 km daripada Bandar Temerloh (bandar kedua terbesar di Pahang), berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan. Taman Kerayong Makmur berada di dalam jajahan Daerah Bera yang merangkumi banyak kawasan di antaranya termasuk Gugusan Felda (Bukit Mendi, Kemahal, Puchong, Chemomoi dan Kemasul). Majoriti penduduk di kawasan ini adalah Melayu dan terdapat sebilangan besar kaum Cina dan selebihnya adalah India. Pekan-pekan lain yang berdekatan dengan Taman Kerayong Makmur termasuk Triang, Mengkuang dan Kemayan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KELAS ICT- TUTORIAL & ONLINE KUIZ (KAHOOT)

Aktiviti Terkini | 24 Disember 2022

PEDi Taman Kerayong Makmur telah menjalankan satu program di musim cuti sekolah iaitu kelas ict betemakan tutorial dan kuiz secara atas talian yang telah disertai oleh pelajar sekolah rendah di sekitar Taman Kerayong Makmur....baca selanjutnya

BENGKEL KUALITI DAN BENGKEL MODUL 1: PEMBANGUNAN PELABELAN DAN PENJENAMAAN-PROGRAM PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN ENTERPRENEUR ECER-SIRIM

Aktiviti Terkini | 1 November 2022

Program ini telah di anjurkan oleh SIRIM Berhad. Program ini melibatkan usahwan-usahawan sekitar Daerah Bera yang terpilih. Usahawan-usahawan yang terpilih ini akan diberi bimbingan dan khidmat nasihat untuk melonjakkan pendapatan mereka oleh pihak penganjur sepanjang tempoh program. Bagi modul 1 ini, usahawan dimohon untuk memperkenalkan produk keluaran masing-masing untuk tujuan pembangunan label....baca selanjutnya

BENGKEL ASAS FOTOGRAFI & ASAS SHOPEE

Aktiviti Terkini | 16 Oktober 2022

Program ini adalah program gabungan 3 buah PEDi di Daerah Bera iaitu PEDi Felda Bukit Puchong dan PEDi Bandar 32. Program ini disertai oleh usahawan-usahawan yang berdaftar dengan PEDi Taman Kerayong Makmur...baca selanjutnya

PROGRAM PEMBANGUNAN ENTERPRENEUR ECER – SIRIM (TAKLIMAT PENGENALAN DAN PELAKSANAAN)

Aktiviti Terkini | 28 September 2022

Program ini telah di anjurkan oleh SIRIM Berhad. Program ini melibatkan usahwan-usahawan sekitar Daerah Bera yang terpilih. Usahawan-usahawan yang terpilih ini akan diberi bimbingan dan khidmat nasihat untuk melonjakkan pendapatan mereka oleh pihak penganjur sepanjang tempoh program. Permulaan program ini para usahawan telah diberi penerangan mengenai program yang bakal mereka sertai ini....baca selanjutnya

PAMERAN DI PROGRAM MERDEKA@KOMUNITI DAN TAKLIMAT ISU PERINGKAT DAERAH BERA

Aktiviti Terkini | 12 September 2022

Program ini telah di anjurkan oleh Jabatan Penerangan Daerah Bera dan PEDi Kluster Bera dijemput sebagai pempamer di program berkenaan....baca selanjutnya

PAMERAN DI PROGRAM INISIATIF PENDIGITALAN SEKTOR PERUNCITAN (REDI) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

Aktiviti Terkini | 26-28 Ogos 2022

Program ini telah di anjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). PEDi kluster Bera dijemput sebagai pempamer di program berkenaan....baca selanjutnya

PROGRAM LITERASI KEWANGAN (PENGURUSAN KEWANGAN ), KEMAS DAERAH BERA

Aktiviti Terkini | 5 Julai 2022

Program ini telah dilaksanakan oleh Pihak KEMAS Daerah Bera dan peserta yang menghadiri program ini terdiri daripada kakitangan kerajaan, pihak NGO dan lain-lain pihak lagi...baca selanjutnya

KURSUS PENDIGITALAN “HAND ON PORTAL AGROBAAZAR ONLINE”USAHAWAN FAMA NEGERI PAHANG

Aktiviti Terkini | 15 Jun 2022

Kursus ini dilaksanakan bagi memperkenalkan platform pemasaran maya terbaru dari pihak FAMA kepada usahawan disamping membimbing mereka untuk mengunakan platform pemasaran tersebut untuk meningkatkan jualan produk....baca selanjutnya

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Anjuran Krt Taman Kerayong Makmur & Surau Taman Kerayong Makmur

Aktiviti Terkini | 27 Mei 2022

Sambutan Aidilfitri di bulan syawal merupakan hari bagi kita umat islam meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Kita digalakkan meraikan syawal ini dengan bersederhana dan penuh kemeriahan. Jadi, dengan kehadiran sambutan aidilfitri kita dapat bermaaf maafan serta bertukar-tukar juadah antara satu sama lain....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN@PEDI TAMAN KERAYONG MAKMUR

Aktiviti Terkini | 1 & 14 April 2022

Program advokasi kafeTEEN ni merupakan program anjuran pihak LPPKN dengan kerjasama pihak MCMC bagi menyebar luas pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial kepada kumpulan sasar remaja di komuniti Bandar dan luar Bandar...baca selanjutnya

PROGRAM PERKHIDMATAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) PAHANG

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2022

Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) SSM dilancarkan pada 15 Februari 2021 dan diperluaskan kepada usahawan kumpulan B40 dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 akan dikecualikan fi pendaftaran dan maklumat perniagaan. Skim ini dilaksanakan sehingga peruntukan geran habis digunakan...baca selanjutnya

KELAS ICT (MEWARNA SECARA ONLINE)

Aktiviti Terkini |26 Febuari 2022

Para pelajar mewarna secara onlie dengan menggunakan komputer yang disediakan di PEDi....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN@PEDI

Aktiviti Terkini | 15 Febuari 2022

Program Advokasi KafeTEEN di PEDi Taman Kerayong Makmur dengan kerjasama daripada LPPKN telah memberikan taklimat berkenaan Pendidikan Kesiahatan Reproduktif Sosial (PEKERTI) kepada remaja di komuniti Bera....baca selanjutnya

SEGMEN PERKONGSIAN BERTAJUN “MATLAMAT TAHUN BARU 2022”

Aktiviti Terkini | 11 Januari 2022

Segmen perkongsiaan di adakan secara siaran langsung (Live) di page rasmi PEDi Taman Kerayong Makmur bersama-sama dengan PEDi Parit Salleh Ros, PEDi Sungai Nibong dan PEDi...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti